Konsep,Kaedah \u0026 Teknik Terjemahan ArabMelayu By Mohd. Hilmi b. Abdullah
o Pada mula saya menyangka aktiviti terjemahan arab melayu tidaklah sesukar melayu arab namun sangkaan saya tidak betul Beliau mengatakan selain penterjemah dapat menguasai kedua dua bahasa bahasa sasaran perlulah dirai dan penterjemah mestilah dipelopori oleh sarjana berbahasa melayu dan begitu juga sebaliknya Hal ini kerana kalau kita menyemak kembali terjemahan kitab lama atau turath jawi tanpa merendahkan martabatnya lebih menekankan dan menjaga bahasa sumber iaitu bahasa arab tanpa menekankan soal tatabahasa melayu itu sendiri Selain polemik kaedah terjemahan penulis membawa teknik terjemahan Eugene A. Nida berbangsa Perancis yang sangat popular dipakai Saya pun pernah baca bukunya dalam Bahasa Inggeris dan ada cubaan menterjemah teknik tersebut dalam Bahasa Arab sewaktu sarjana linguistik Apa yang menarik kaedah Dr Hilmi menyatakan Google Translate salah satu perisian yang boleh membantu serba sedikit penterjemah walaupun tidaklah tepat kecuali selepas melakukan penambahbaikan Mungkin sahaja GT ini dapat ditambahbaik oleh Google masa akan datang Tak cukup baca sekali perlu baca banyak kali dan teliti dan jadikan buku ni salah satu rujukan KonsepKaedah u0026 Teknik Terjemahan ArabMelayu Ilmu terjemahan sering dipandang remeh oleh sesetengah pihak lantaran kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan ilmu tersebut dalam pembinaan ketamadunan dan peradaban sesuatu bangsa Sehubungan itu kemunculan buku ini diharap mampu menangkis persepsi negatif tersebut apatah lagi buku ini ditulis oleh seorang sarjana bahasa Arab yang sudah mempunyai pengalaman lebih daripada 17 tahun dalam bidang terjemahan Arab Melayu khususnya melalui terjemahan buku al Qanun Fi al Tibb Ibnu Sina Buku Konsep Kaedah dan Teknik Terjemahan Arab Melayu ini adalah jawapan kepada para pelajar dan sarjana bahasa Arab yang selama ini tercari cari formula yang terbaik bagi menghasilkan teks terjemahan Arab Melayu yang berkualiti tinggi bermutu mudah difahami menarik serta menepati tatabahasa bahasa Melayu Di akhir buku ini pembaca diajak menilai dan menganalisis teks terjemahan Arab Melayu yang terpilih bagi tujuan pengukuhan terhadap konsep kaedah dan teknik terjemahan Arab Melayu yang dipelajari dalam bab bab yang sebelum ini Sehubungan dengan itu buku ini amat sesuai dijadikan buku teks dan rujukan bagi subjek terjemahan Arab Melayu serta amat sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat sama ada para pelajar sekolah menengah institusi pengajian tinggi dan universiti mahu pun golongan profesional KonsepKaedah u0026 Teknik Terjemahan ArabMelayu.:
Saya amat berpuas hati dengan kaedah dan teknik yang diketengahkan oleh penulis Dr Hilmi yang telah lama berkecimpung dalam bidang terjemahan