Somalia Menangis: Kembara Tanpa Tiket Pulang By Haris Sharim
Empat insan empat cerita dan empat bingkisan dari hati Buku ini adalah sebuah himpunan kisah menyentuh jiwa empat petugas Islamic Relief Malaysia IRM ketika melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan di Mogadishu Somalia pada 2017 Gabungan mereka menyingkap kehidupan di sebalik wajah wajah di sana daripada sudut pandang pertama bergelar petugas kemanusiaan Sewaktu berangkat amanah mereka adalah jelas Begitu juga tanggungjawab Namun sejauh mana dapat mereka rasakan beratnya kepercayaan dan peluang yang diberi Menyaksikan sendiri bantuan sampai kepada rakyat di sana dan berusaha menyantuni sebuah negara yang sudah berpuasa berhari hari saban tahun disebabkan oleh kekurangan air juga sumber makanan di bulan Ramadhan sudah tentu keadaan di sana amat menguji ketahanan Ditambahkan lagi dengan jurang bahasa yang membuat emosi diri tertahan melalui ucapan serta perbezaan waktu yang melemahkan Paling menguji Mogadishu sendiri telah diisytihar antara wilayah paling berbahaya di dunia Jadi bagaimana mereka mengharunginya Nukilan ini bukan catatan rasmi organisasi bahkan bukan juga jurnal peribadi yang mahu dikenang sewaktu sambutan World Humanitarian Day pada setiap 19 Ogos Sebaliknya ia adalah dedikasi khas buat semua penyumbang bagi tabung kemanusiaan IRM yang telah menggerakkan kerja kerja kemanusiaan ini melalui setiap sen dan ringgit yang dihulur Somalia Menangis Kembara Tanpa Tiket PulangDalam banyak banyak buku berkaitan misi kemanusiaan yang telah saya telah baca nampaknya mungkin tidak dapat menandingi kesedihan yang tercatat dari kisah buku ini Begitu besar ujian buat rakyat Somalia disana Tambah memilukan lagi kebanyakan mereka beragama Islam jadi derita mereka derita kita juga Jika anda dapat membayangkan imej kanak kanak yang selalu dihurung lalat yang biasa kita lihat di media selama ini di Somalia sanalah tempatnya Yang sedihnya itu adalah pemandangan biasa di setiap kem pelarian di sana Permasalahan yang bermula dari kemarau berpanjangan yang menyebabkan tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi isu kebuluran wabak penyakit berjangkit yang muncul dari itu ditambahkan pula dengan perang saudara yang telah menjangkau lebih 3 dekad menjadikan keadaan persekitaran yang sangat tidak memihak kepada rakyat disana Tidak hairanlah kenapa kegiatan lanun sangat berleluasa di sekitar perairan sana Kerana kesempitan hidup yang mendesak Negara yang diklasifikasikan sebagai zon merah oleh kebanyakan negara luar petanda bahawa betapa tidak stabilnya keadaan di Somalia sana terutamanya di wilayah Mogadishu ini Bila bila masa sahaja peperangan boleh terjadi disini yang membuatkan keadaan sentiasa keruh untuk rakyat mereka yang tidak berdosa Syukur bukunya ringkas sahaja Jika tidak pasti gugur juga air mata menyelami dengan lebih mendalam nasib rakyat Somalia yang saban tahun menghadapi ujian yang sungguh besar ini Tiada apa yang boleh kita bantu selain dari segi kewangan doa sahaja untuk mereka Semoga akan ada sinar baharu di kemudian hari disana lebih lebih lagi membabitkan perang saudara mereka Jika keadaan kembaliman pasti itu lebih memudahkan rakyat Somalia untuk meneruskan kehidupan seharian mereka. Buku misi kemanusiaan lain yang boleh saya cadangkan beserta kumpulan yang mereka bantu 1 Syria Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi Ini Sekolah Kita Hadiah Buat Nur2 Syria Kemboja pelbagai negara Hanya Senyummu Yang Terlihat Camp De Calais3 Palestin Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria 35 Batu Nautika Sebuah Travelog Women s Boat to Gaza Malay Buku nipis dengan 87 halaman ini saya fikir boleh dibaca secara santai dan sekali gus Saya silap Dengan hanya empat kisah daripada empat petugas IRM Islamic Relief Malaysia yang dihantar ke Mogadishu Somalia untuk tugasan menghantar bantuan keperluan makanan dan meneliti keperluan keperluan lain saya terheret kembali kepada puisi kemanusiaan yang saya tulis dan menang itu. Alangkah puisi itu hanya sentuhan luaran sedangkan hakikat sebenar hanya mereka yang pernah ke sana sahaja mampu huraikan segala konflik dan penderitaan masyarakat Islam di sana Memerhati dari luar tentunya tidak sama dengan pengalaman melihat sendiri situasi meruncing di sana dihimpit kekacauan politik dan cabaran iklim yang panas Membaca buku ini seluruh perasaan berasa terhiris Betapa bersyukurlah kita berada di Malaysia Hargailah keamanan dan nikmat berlimpah yang kita kecapi di sini Pengisahan oleh empat orang penulis ini cukup membuka mata masyarakat yang mungkin memandang misi bantuan ke negera luar ini sebagai usaha kecil Hanya yang pernah melaluinya mampu bercerita Dengan gambar berwarna dan susunan teks yang kemas buku ini perlu dimilki dan dijadikan pemangkin semangat bagi mereka yang ingin terlibat dengan bantuan kemanusiaan ke negara luar Malay .
: Cari Islamic Relief Malaysia IRM di Facebook jika berniat untuk membantu Kita cuba semampu kita menyokong mereka namun tetap di pengakhirannya kepada Allah kita berserah